Klik x untuk menutup hasil pencarianCari di situs SABDASpace

The Hidden Leader in You

sahabat's picture

Kali ini saya ingin menulis blog yang berlainan sedikit daripada kebiasaan saya. Dalam blog ini saya ingin menuliskan apa yang telah saya pelajari daripada buku Dr. Myles Munroe yang bertajuk “The Spirit of Leadership”. Saya tidak akan menguliti dan mengkritik buku beliau, kerana saya bukan orang yang betul untuk berbuat demikian. Saya lebih suka membuat rumusan atau ringkasan tentang apa yang saya pelajari dari buku tersebut. Saya mungkin akan membuat rumusan bab demi bab, kerana tidak mungkin saya mampu menulis rumusan buku ini dari muka surat pertama hinggalah muka surat terakhir dalam satu blog sahaja.

     Sebelum saya memulakan rumusan bab pertama buku Dr. Myles Munroe, mari kita mengenali siapa Dr. Myles Munroe secara ringkas terlebih dahulu.Berdasarkan buku beliau,  Dr Myles Munroe merupakan penceramah motivasi antarabangsa, penulis buku terlaris, pensyarah, pendidik dan konsultan perniagaan. Beliau mengelilingi dunia  secara aktif dalam program menangani isu-isu kritikal yang menyentuh pembangunan rohani dan sosial individu.Tema utama mesejnya adalah transformasi pengikut-pengikut menjadi pemimpin-pemimpin dan memaksimakan potensi individu. Beliau merupakan pengasas dan presiden Bahamas Faith Ministries International. Dia juga merupakan pengasas, penerbit eksekutif, dan principal host beberapa program radio dan television yang diudarakan ke seluruh dunia. Dia menperolehi degree - degreenya dari Oral Roberts University dan University of Tulsa. Manakala honorary doctoratenya diperolehi dari Oral Roberts University.
 

 

     Saya secara peribadi tidak mengenali Dr. Munroe ini. Sebagai pembaca, sudah tentu saya hanya mengenali bukunya sahaja.
 

     Dalam bab pertama buku “The Spirit of Leadership”, Dr. Myles Munroe memulai dengan tajuk “The Hidden Leader in You”. Dalam bab ini dia menyatakan bahawa attitude lah yang membezakan antara pemimpin dan pengikut. Yang lebih menarik lagi, dia menyatakan bahawa setiap orang mempunyai attitude seorang pemimpin tidak kira siapa pun anda dan apa pun kedudukan anda dalam masyarakat. Tetapi  yang membezakan antara pemimpin dan pengikut ialah pemimpin mampu mempraktiskan atau memanifestasikan attitude kepimpinannya, sementara pengikut tidak mampu mempraktiskan attitude itu sehingga attitude itu tetap dalam bentuk potensi (Tidak hairanlah dia memberi tajuk bab ini “The Hidden Leader in You”). Sebenarnya dia memberitahu bahawa  perbedaan  utama antara pemimpin dan pengikut adalah apa yang mereka fikir tentang diri mereka sendiri . Menurut Dr. Monroe, pemimpin mempunyai cara berfikir yang berbeda tentang diri mereka.
 

     Untuk menjadikannya lebih mudah difahami, Dr. Monroe menjelaskan bahawa “attitude adalah manifestasi  siapa diri anda yang anda fikirkan”. Attitude adalah cara kita berfikir. Ia adalah mind-set yang menentukan respon kita terhadap persekitaran. Kita sebenarnya menghidupi attitude kita dan attitude kitalah yang  mencipta kehidupan kita. Setiap kita hidup berdasarkan siapa diri kita yang kita fikirkan. Perkembangan sebenar kepimpinan kita ditentukan oleh tanggapan kita tentang siapa diri kita dan kenapa kita wujud – dalam kata lain rasa kepentingan dalam kehidupan.  

     Menurut Dr. Monroe, setiap kita diciptakan untuk memerintah, mempengaruhi, mengawal, menguasai, mengurus dan memimpin persekitaran kita. Kita adalah pada asasnya adalah seorang pemimpin, tidak kira siapa kita, dan sama ada kita memanifestasikanya atau tidak. Kita hanya dapat merealisasikan potensi kepimpinan terpendam kita, hanya apabila kita menemui, memahami, mengembangkan dan mula melatih siapa diri kita yang sepatutnya sesuai dengan maksud kita  diciptakan dan sifat potensi kepimpinan kita yang sebenarnya. Tidak kira siapa pun kita, kita mempunyai sifat dan kapasiti untuk memimpin. Gelar, kedudukan, kuasa, kemasyhuran, atau nama keluarga tidak membuatkan kita seorang pemimpin yang sejati. Penemuan kendiri tentang potensi kepimpinan yang terpendam dalam diri kita dan memahami siapa diri kita serta untuk apa kita hidup adalah kunci dalam merealisasikan tujuan kewujudan kita sebagai pemimpin. 
 

     Menurut Dr. Monroe lagi, kepimpinan bukanlah kelab elit untuk golongan tertentu sahaja, kerana attitude kepimpinan ada dalam setiap kita. Konsep yang dimiliki seseorang  tentang asal-usul manusia selalu mempengaruhi cara mereka berfikir tentang siapa diri mereka sendiri, termasuk idea mereaka tentang potensi kepimpinan mereka. Dalam perkara ini Dr. Monroe membincangkan (walau pun secara tidak panjang lebar) tentang teori evolusi kewujudan manusia dan saya fikir beliau menyatakan teori ini sebagi salah satu penyebab yang mempengaruhi kepercayaan golongan tertentu tentang diri mereka sendiri sehingga terkuburnya potensi kepimpinan yang terpendam dalam diri mereka.   Untuk meyokong hujahnya tentang setiap manusia memiliki attitude seorang pemimpin yang terpendam tidak kira siapa pun dia, Dr. Monroe, menghuraikan  secara ringkas namun padat tentang penciptaan manusia dalam  Buku Kejadian (Kej. 1: 26 – 30) menurut konteks hujahnya (Dr. Monroe tidak memetik sumber ayat Alkitab dan menulis ulang ayat itu dalam bab ini secara jelas. Saya menjangkakan, dia berbuat demikian sebagai strategi pemasaran bukunya. Dia hanya menyatakan “Dalam 2 bab yang pertama dalam Buku Kejadian……” ).
 

     Dalam menghuraikan maksudnya, Dr. Monroe dengan tegas menyatakan bahawa Allah secara peribadi dan dengan tujuan-Nya menciptakan manusia seperti diri-Nya sendiri dan Allah memberikan perintah kepada manusia untuk berkembang biak, memenuhi seluruh bumi dan memerintah ke atas bumi. Hanya manusia sahaja yang diciptakan oleh Allah seperti diri-Nya sendiri, ini bermaksud manusia mempunyai sifat Allah.  Aspek yang signifikan tentang sifat Allah adalah keupayaan untuk merancang , berimajinasi, mencipta, dan mentadbir secara  effektif  manifestasi rancangan-rancangan-Nya. Dalam kata lain, Allah mencipta manusia seperti diri-Nya sendiri yang membawa maksud manusia memiliki roh kepimpinan. Roh inilah yang dia maksudkan “The Hidden Leader In You” (yang juga disebutnya attitude)………… bersambung…..    

Shalom
My favorite reading resources
 

__________________

"Aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Berita Baik itu kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang yang percaya kepada Yesus, mula-mula orang Yahudi, dan juga orang bukan Yahudi" - Roma 1: 16