Submitted by scor on

Lihat ayat 2 Tawarikh 36:9 di mana ianya mencatatkan umur Yoyakhin ketika beliau menjadi raja di Jerusalem. Berkenaan ayat ini, maka mari kita lihat dalam dua versi bible yang berlainan iaitu versi Alkitab Terjemahan Baru dan versi New King James.

Dalam Alkitab Terjemahan Baru, didapati Yoyakhin menjadi raja di Jesrusalam ketika beliau berumur lapan belas tahun. Rujuk ayat di bawah.

"Yoyakhin berumur delapan belas tahun pada waktu ia menjadi raja dan tiga bulan sepuluh hari lamanya ia memerintah di Yerusalem. Ia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN."

Lihat di link http://sabdaweb.sabda.org/passages/?p=2+Tawarikh+36%3A9

Manakala dalam versi bible New King James pula, Yoyakhin ini dikatakan berumur hanya lapan tahun ketika beliau menjadi raja di Jerusalem. Rujuk ayat di bawah.

"Jehoiachin [was] eight years old when he became king, and he reigned in Jerusalem three months and ten days. And he did evil in the sight of the LORD."

Lihat di link http://sabdaweb.sabda.org/passages/?o=0&version=nkjv&p=2+Tawarikh+36%3A9&d=20&lang=indonesia&theme=clearsky

Maka di sini wujudnya percanggahan yang tercatat antara versi-versi bible. Justeru bible mana yang sebenarnya yang benar? dan bible mana pula yang salah? Maka ini sememangnya tidak dapat dipastikan melainkan hanya dengan merujuk catatan asal 2 Tawarikh 36:9 itu. Justeru bible tidak mampu memberikan kepastian dalam hal ini. Justeru di mana letakkan tanggapan bahawa bible itu penuh dengan kebenaran bila mana perkara ini pun tidak dapat dipastikan mana yang sebenar-benarnya? Adakah penganut kristian yang mahu mengakui bahawa sememangnya wujud kesalahan catatan dalam bible itu? Ada penganut kristian yang ingin memberikan penjelasan? Dipersilakan.